Malah, amalan tidak sihat ini juga mula menular di kalangan kanak-kanak sehingga ramai mengalami masalah obesiti.
Teguran Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Lee Kah Choon, ketika program ‘Jom Kayuh’ di Karnival Kesihatan Perlis baru-baru ini, menarik hati kerana sememangnya kian ramai masyarakat kita semakin selesa untuk meneruskan hidup pasif.
Pensyarah Fakulti Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Zulkifli Kadir, berkata kadar obesiti boleh dikategorikan sebagai tinggi di negara ini, dengan satu kes bagi setiap lima orang.
Banyak faktor boleh mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental. Gaya hidup sihat boleh dicapai melalui senaman teratur, makanan seimbang, pengendalian tekanan, mengelak tabiat berbahaya dan merosakkan, mengamalkan seks selamat (sebaik-baiknya setia kepada pasangan), belajar pertolongan cemas, menjaga kesihatan diri dan alam sekitar, selain faktor genetik.
Katanya, kehidupan yang aktif dan kerap bersenam boleh menolak penggunaan atau kebergantungan pesakit kepada ubat seperti dialami kebanyakan penderita masalah tekanan darah tinggi dan obesiti.
Kesihatan keseluruhan membabitkan enam perkara iaitu:
“Senaman perlu menjadi aktiviti yang seronok. Ia tidak sepatutnya dianggap sebagai membebankan atau menyeksa badan. Banyak manfaat boleh diperolehi seperti meningkatkan tenaga dan produktiviti, mengelak masalah ponteng sekolah atau kerja, dan mempercepatkan proses pemulihan jika diserang penyakit.
“Ia juga boleh meningkatkan kepekaan seseorang terhadap keperluan diri, keupayaan intelek, kebolehan berkomunikasi, terutama membabitkan emosi, dan sentiasa bersikap positif terhadap cabaran yang dianggap peluang mematangkan diri dan bukan hanya mengharapkan kebaikan.
“Namun yang lebih penting, terutama di kalangan wanita, kehidupan aktif boleh membantu mengawal berat dan memperbaiki bentuk badan, menghalang atau melengahkan penyakit kronik, melewatkan proses penuaan dan meningkatkan keyakinan diri,” katanya ketika bengkel kesihatan dan pemakanan anjuran Nestle (M) Sdn Bhd di Putrajaya, baru-baru ini.
Berdasarkan kajian dilakukannya, wanita ada beberapa sebab untuk bersenam iaitu mengawal berat badan, rasa selesa selepas bersenam, meningkatkan tenaga, membentuk otot, menjaga jantung dan memastikan badan sentiasa anjal.
Alasan lelaki bersenam dimulakan dengan keinginan membentuk otot, meningkatkan tenaga, menjaga berat badan dan jantung, perasaan selesa selepas bersenam dan sebagai kaedah mengurangkan tekanan.
Zulkifli menyarankan supaya kita memeriksa denyutan nadi di tepi leher sebaik bangun pagi. Denyutan nadi sepatutnya antara 50 hingga 60 kali seminit tetapi jika lebih, maknanya anda perlu lakukan sesuatu.
Katanya, senaman boleh dibahagikan kepada beberapa komponen, iaitu kecergasan fizikal (kesihatan) dan kemahiran yang perlu diseimbangkan.
Kecergasan fizikal
Dua faktor penting yang perlu diambil kira ialah tempoh dan kecergasan senaman itu. Sebaik-baiknya bersenam (sama ada berjalan cepat, berjoging, berbasikal atau melompat setempat) dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapat manfaatnya: membakar kalori dan meningkatkan tenaga.
Memahami konsep dan kesan senaman ke atas badan akan memudahkan proses bersenam. Senaman lembut seperti yoga, tai chi dan chi gong sangat baik untuk meningkatkan tenaga dan penyembuhan dalaman.
Katanya, waktu terbaik untuk bersenam bergantung kepada kesesuaian masa setiap individu, tetapi bagi lelaki, bersenam pada waktu petang antara jam 3 hingga 9 malam dipercayai boleh meningkatkan penghasilan hormon testosteron.
Bersenam di gimnasium memang alternatif terbaik, tetapi perlu ada jurulatih untuk mengajar menggunakan peralatan dengan betul. Jika tidak, lebih baik mengamalkan senaman di luar yang jauh lebih mudah dan murah.
Senaman juga akan meningkatkan kemahiran atau keupayaan badan, terutama daripada segi keseimbangan, tenaga, ketangkasan (termasuk kadar tindak balas), koordinasi, ketepatan dan konsisten serta kepekaan kinestetik.
Siapa yang perlu bersenam?
Semua orang perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit tiga kali seminggu, terutama individu yang mempunyai paras lemak tinggi iaitu melebihi 25 peratus (lelaki) dan 35 peratus bagi wanita. Untuk mengetahui paras lemak, anda boleh mengunjungi mana-mana pusat kawalan berat badan.
Bila perlu berhenti bersenam?
Masalah yang dihadapi
Berdasarkan statistik dikeluarkan Kementerian Kesihatan, penyakit jantung menjadi punca utama kematian di hospital kerajaan pada 2000 diikuti septisemia (jangkitan kuman pada darah yang menyebabkan kemusnahan tisu), kanser, penyakit serebrovaskular (gangguan pembuluh darah otak dan membran selaputnya), kemalangan dan penyakit akibat masalah sistem penghadaman.
Walaupun punca sesetengah penyakit tidak diketahui, ada yang boleh dielak melalui amalan gaya hidup sihat dan kerap bersenam. Secara amnya setiap orang ada tiga risiko penyakit hipokinetik (kurang bergerak) yang tidak boleh diubah iaitu umur, keturunan dan jantina.
Manakala faktor lain seperti paras lemak badan, tabiat pemakanan, aktiviti fizikal, rokok dan tekanan boleh dikawal.
Malah, banyak penyakit yang berpunca daripada obesiti (akibat banyak makan dan kurang bergerak) seperti sakit jantung, strok, diabetes dan masalah buah pinggang boleh dielakkan.
“Kehidupan yang aktif mampu membantu mengurangkan pergantungan kita kepada ubat mengawal penyakit, malah dalam sesetengah kes pengambilan ubat ini boleh dihentikan terus, terutama bagi individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dan obesiti.
“Rancanglah senaman yang sesuai untuk anda. Bersenam bukan untuk menyeksa atau menyakitkan badan. Ia perlu jadi aktiviti menyeronokkan, baru kesannya dapat dirasai dan boleh dilakukan berpanjangan,” katanya.
Rahsia Gadis Menjaga Ke ayuan.
Boleh juga dijadikan petua untuk laki-laki (tak nak diskriminasi )
Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan
tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan
mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan
secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun
awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.
Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau
atau suaranya terlalu kuat.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan
perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.
Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati,
menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi
berkerut dan masam. Menjaga kulit. Keebrsihan sentiasa dijaga. Makanan
yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut
selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.
Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut.
Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk
menjaga kulit muka.
Jangan banyak berangan.
Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan
rambut tapi jangan
terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke
seluruh bahagian kepala 100
kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai
lelaki suka pada
gadis berambut panjang tapi kemas.
Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi
dari berjalan
mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah
jangan terlalu besar.
Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak.
Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok
ditundukkan sedikit.
Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah
dengan cara
bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila
panggung. Jangan
mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila
bercakap. Cara bergerak
biarlah lemah-lembut.
Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh.
Tutup mulut bila ketawa.
Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk
tujuan baik.
Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang
sekeliling. Tundukkan
mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda
hadapi. Jangan terlalu
kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling
walaupun kepada buah
hati anda.
Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau
saudara bila keluar. Minta
izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.
Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi
dari merungut. Jauhi dari
menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.
Health & Beauty
Elakkan Muntah
Terdapat beberapa kaedah yang boleh dipraktikkan sebelum memulakan perjalanan jauh bagi mengatasi hal ini :
hanya mengambil makanan yg lembut atau cair beberapa jam sebelum memulakan perjalanan
pilihlah tempat duduk di bahagian depan samada bas atau kereta jika menaiki bot duduklah di bahagian tengah kerana kurang pergerakan dan tumpukan perhatian kepada sesuatu objek yang tetap seperti pulau atau kaki langit dan jgn sesekali berbaring tarik nafas dan gosoklah sekeliling leher anda atau halkum bagi mengelakkan rasa mual
Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.
Menghilang tanda hangus pada periuk?
Masukkan sedikit baking soda bersama sedikit air. Biarkan beberapa jam. Kemudian bersihkan sedikit periuk seperti biasa. Dengan cara ini, tanda hangus akan hilang dan periuk akan menjadi bersih kembali...
Membentuk semula bunga hiasan lama?
Bunga hiasan lama jangan dibuang. Jika terlalu kotor dan berhabuk ceraikan dari gubahan dan kocakkan di dalam air sabun, kemudian jemur hingga kering. Cuba gubah bunga tadi dalam bentuk baru atau guna bekas gubahan yang lain. Gubahan akan kelihatan baru dan menyerikan semula.
Mengatasi Demam Selepas Disuntik ?
Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik, cuba sapukan bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda ke klinik. Insya Allah dengan cara ini anda akan dapat mengelakkan anak anda dari demam.
Kembalikan Selera Makan Ketika Mabuk ?
Bagi sesetengah ibu hamil di awal bulan (1-3 bulan) kadangkala amat menyeksakan seperti tiada selera makan. Untuk mengembalikan selera makan yang hilang itu, ambil 3 hingga 4 ketol lempoyang, buang kulitnya dan tumbuk bersama sedikit ikan bilis (seperti sambal belacan). Kemudian dimakan bersama nasi yg hangat/sederhana. Insya Allah ia amat berkesan
Daun Letup Menghilangkan Ruam Bayi
Bagi ibu yang mempunyai bayi kecil seringkali menghadapi masalah ruam pada kulit bayi akibat dari ruam susu atau alahan. Sebagai usaha mengatasi masalah tersebut, ambil segenggam daun letup, masukkan kedalam air suam beserta sedikit ibu garam, ramas dan mandikan bayi dengan air tersebut menggunakan daun tadi. Lakukan setiap kali bayi dimandikan.
SIHATKAN KAKI (khas untuk wanita)
1. Kasut yang ideal sepatutnya besar sedikit daripada kaki.
2. Selalu bertukar kasut dan ketinggiannya untuk mengelakkan sesetengah otot kaki tidak bergerak langsung.
3. Kerap buka kasut dan gerakkan kaki apabila berpeluang berbuat demikian untuk memberinya peluang â??bernafasâ??.
4. Pakai kasut yang selesa bukan yang menyeksa untuk bergaya
5. Berkaki ayam di rumah. Ia baik untuk semua sendi, tulang dan otot kaki bekerja dengan seimbang.
6. Apabila lama duduk, pusing-pusingkan buku lali dan kaki untuk melancarkan pergerakan darah.
7. Biasakan berjengket jika menaiki tangga rumah.
8. Pusing-pusingkan bola tennis atau pingpong pada tapak kaki.
9. Letakkan pensel di atas lantai dan cuba ambil dengan jari kaki.
10. Urut selalu, dengan kasut refleksi atau pengurut elektrik ataupun jari.
Petua Awek Muda
Untuk semua sahabat-sahabat... .. petua awet muda dari Ustaz Ismail
Kamus "
untuk kita sentiasa 'muda' ".
1. Melambatkan minum air setelah makan... ..
- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja).
- minum setelah setengah jam selepas makan.
2. Rajin-rajin baca Al-quran... ..
- niat ikhlas kerana Allah ... ..bukan kerana nak muda semata-mata.
3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur.
4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud ditengah malam... ..
- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan
wudhunya di waktu musim sejuk.
5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah... ..
- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala
setiap
ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya... .. mulakannya
dengan 'nawaitu'... .. amalkan sekerap termampu... .. Insya Allah mujarab
Cara Berjimak Mengikut Islam
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna Sabda Rasullah s.a.w. “Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s”
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.
Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa.
Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit.
Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar.
Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir.
Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan.
Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.
Petua Untuk Bakal Pengantin
Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:
Bunga Mawar
Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.
Timun
Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.
Lobak
Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.
Tomato
Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas
Avocado
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.
Limau Purut
Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap
Petua 8M Mengatasi Keinginan Merokok
AMALKAN 8M SEBAGAI PETUA MENGATASI KEINGINAN MEROKOK.
Sebelum itu, suka saya hendak nyatakan di sini, bahawa adalah baik sekiranya para perokok berniat atau bertekad dengan sebenar-benarnya tekad untuk menghentikan kebiasaan buruk mereka yang jelas bolehmembahayakan kesihatan mereka.Di sini ada beberapa petua yang saya rasa boleh membantu para perokok bagi menghentikan tabiat mereka itu. Insya Allah..
MELENGAH
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "nanti" setiap kali anda ingin merokok.
MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.
MANDI ATAU BASUH TANGAN
Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..
Cara Memotong Kuku..
Adab memotong kuku yang disunnahkan oleh nabi Muhammad s.a.w.
1.bismillah
2.potong bermula dengan jari telunjuk kanan.
3.diikuti jari hantu kanan.
4.pastu jari kelingking dan
5.diakhiri dengan jari manis
manakala yang jari yang sebelah kiri pula ikut seperti jari kanan tadi dan sama juga untuk jari kaki..seelok-eloknye potong kuku jari anda pada hari jumaat kerana nabi muahammad telah bersabda:bahwa sesiapa yang memotong kuku jari dan tangannye pada hari jumaat maka manafaat nye ialah membuang penyakit..
MENU PENURUNAN BERAT BADAN (1200 KKAL)
Bagi menurunkan berat badan perlu ada keseimbangan antara pengambilan makanan dan juga senaman. Ini kerana penuruna berat di peringkat awal disebabkan oleh penurunan air dalam bdn, seterusnya barulah penurunan lemak dlm bdn.
Bg pengawalan makanan bole cuba mengikut panduan menu 1200 kkal di bwh. (utk maklumat lanjut sila rujuk pd saya)
MENU 1200 KKAL
Sarapan Pagi
Pilihan makanan
2 keping roti atau 1 cawan nasi/ mee/ bihoon/oats
atau 1 keping capati / tosei atau 4-6 keping biskut
Pilihan minuman
1 cawan teh / kopi + 4 sudu makan susu rendah lemak
Makan Tengahari
Pilihan makanan CHO
1 mangkuk cina nasi / mee / bihoon atau 2 keping capati
atau mangkuk cina oats
Pilihan makanan protein
1 ketul ayam (buang kulit) / 1 ekor ikan saiz sederhana
Sayur2an
1/2 cawan (masak)
Buah2an
1 biji epal / pear / lai / limau (saiz sederhana)
1 potong tembikai / betik / nenas /betik
Minum Petang
1 cawan susu rendah lemak
Makan Malam
Pilihan CHO
1 cawan nasi/mee/bihoon/oats atau 3 keping roti
atau 1 keping capati
yang lain sama seperti makan tengahari.
contoh menu
BF : 2 keping roti + 1 cawan teh (dicampur susu rendah lemak)
L : 1 mangkuk cina nasi + 1 ketul ayam sup + 1/2 cawan sayur +
1 biji epal
AT : 1 cawan susu rendah lemak
D : 3 keping roti + 1 ekor ikan masak masala + 1/2 cawan sayur
+ 1 potong tembikai.
Penawar Penyakit
Syeikh Abdul Qasim al-Qusyairi atau lebih dikenali dengan Imam Qusyairi merupakan seorang ulama sufi. Beliau mempunyai seorang anak yang sedang sakit tenat yang kelihatannya tiada harapan untuk sembuh. Segala ikhitiar dicari untuk menyembuhkan anaknya tetapi masih gagal. Ini menyebabkan beliau berputus asa.
Pada suatu malam, Imam Qusyairi bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Beliau mengadu kepada baginda tentang penyakit anaknya. Rasulullah pun bertanya kepada Imam Qusyairi,
Apakah yang kamu buat dengan ayat-ayat Syifa, wahai Abdul Qassim?
Imam Qusyairi pun terjaga. Beliau termenung seketika memikirkan kata-kata Nabi SAW. Apakah rahsia dan makna di sebalik kata-kata baginda itu? Apakah maksud baginda tentang ayat-ayat Sifa itu?Imam Qusyairi pun mencari dan mengkaji ayat-ayat di dalam Al-Quran.
Hasilnya Imam Qusyairi telah menemui enam tempat di dalam Al-Quran yang mempunyai perkataan Syifa yang membawa erti sebagai penawar. Ayat ayat tersebut ialah :
Ayat 14 surah at - Taubah
Ayat 57 surah Yunus
Ayat 69 surah an Nahl
Ayat 82 surah al Israk
Ayat 80 surah as Syuiara
Ayat 44 surah Fussilat
Diet Cara Islam
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa... ... ... ... ... .. Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie... . Ianya berkesan b ila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
No comments:
Post a Comment