Friendster Glitter Background

Thursday, April 28, 2011

Fadhilat Bersedekah

Pengertian Sedekah: Terdapat dua jenis sedekah iaitu sedekah wajib dan sedekah sunat. Sedekah wajib ialah zakat yang perlu ditunaikan bila cukup syarat-syaratnya. Sedekah sunat ialah tidak terikat kepada apa-apa syarat, terpulang kepada keikhlasan orang yang hendak bersedekah.

Apa pun bersedekah mempunyai kelebihan atau fadilat yang tertentu:

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jagalah dirimu daripada api neraka meskipun hanya dengan sedekah separuh biji kurma. Jika tidak dapat (bersedekah benda) dengan kalimah tayyibah (perkataan yang baik)".

Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Anas berkata Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bersedekahlah kamu kerana sedekah itu sebagai penebusmu (pembebasanmu) daripada api neraka".

Diriwayatkan oleh Baihagi, Abu Hurairah berkata, "Sesiapa yang memberi makan kepada orang mukmin (makanan keinginannya) Allah mengharamkannya daripada api neraka".

Diriwayatkan oleh Al-Haqadai, Abu Hurairah berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan suul khatimah (mati dalam keadaan yang tidak baik)".

Diriwayatkan oleh At-Thabrani, Uqbah bin Amir berkata Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Sedekah itu dapat mengelakkan pemberinya daripada kepanasan kubur dan pada hari kiamat seseorang itu hanya berlindung di bawah naungan sedekahnya".

Diriwayatkan oleh Abu Daud At-Tirmizi, Abu Said al-Khudri berkata, "Setiap orang mukmin yang memberi makan kepada orang yang lapar maka Allah memberinya buah-buahan syurga pada hari kiamat. Setiap mukmin yang memberi minuman pada orang yang haus maka Allah akan memberinya minum daripada ar-Rahigil Makhtum pada hari kiamat dan setiap mukmin yang memberi pakaian kepada mukmin yang bertelanjang, Allah akan memberinya pakaian perhiasan syurga pada hari kiamat."

Bagaimanapun bersedekahlah kerana Allah bukan kerana sebab untuk berasa riak atau menunjuk-nunjuk. Sebaik-baiknya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan tidak akan diketahui oleh tangan kiri, begitu juga sebaliknya.

No comments: