Friendster Glitter Background

Wednesday, April 13, 2011

HADIS 35: LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
  • 1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  • 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • 3. Zakat dijadikan hutang.
  • 4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  • 5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  • 6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  • 7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  • 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  • 9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  • 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  • 11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  • 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  • 13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  • 14. Muzik banyak dimainkan.
  • 15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
  • Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun
  • mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (Riwayat Tirmizi)
Keterangan: Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments: