Friendster Glitter Background

Thursday, April 14, 2011

Panduan Bina Rumah tangga Bahagia

Jika mendambakan cinta lelaki, ada beberapa petua yang harus menjadi perisai dalam mencari cinta sejati supaya mahligai yang dibina bahagia. Petua berikut mungkin boleh dijadikan perisai untuk mencapai kebahagiaan diharapkan.

  • Jika mencari lelaki sebagai calon suami, wanita jangan sampai lupa diri. Jika lelaki itu seorang yang beragama, jangan jadikan agama semata-mata sebagai prasyarat sebaliknya ia harus saling melengkapi dengan hal lain supaya fungsi sebenar sebagai suami mencapai matlamatnya.
  • Kaji latar belakang bakal suami dengan cara mengenal pasti tempat kerja dan pendapatan untuk mendapatkan fakta tepat.
  • Jangan terlalu ‘mabuk’ hingga lupa mengkaji latar belakangnya sehingga terbongkar perkara yang tidak elok di kemudian hari.

  • Jika ada jiwa agama, lelaki itu tidak akan mengabaikan kedudukan isterinya atau isteri pertama, kedua atau ketiganya.
  • Kalau lelaki itu berstatus suami orang, jika benar dirinya jujur mungkin dia akan memperkenalkan anda kepada isteri pertamanya atau sebaliknya.
  • Jika ada banyak kelemahan dan keburukan pada isteri pertama sebagaimana yang diceritakan oleh lelaki berkenaan, wanita harus mengambil sikap berhati-hati.
  • Jangan sesekali diajak kahwin lari sama ada ke Thailand, Indonesia atau negara jiran lain. Jika lelaki itu jujur, dia akan perkenalkan anda pada keluarga masing-masing.
  • Jika anda wanita yang berharta, sebaik saja berkahwin jangan ‘diserah’ segala harta semata-mata mahu menunjukkan yang anda terlalu sayang padanya.
  • Pastikan lelaki itu tidak menggunakan ‘ubat guna-guna’ kerana cinta yang tidak ikhlas akan menemui kehancuran.

Tips Hubungan Suami Isteri

Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga. Ia perlu dijaga, disiram dan dibajai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mewangi. Bagaimana hendak menjaga rumahtangga agar ia hidup subur?

1) Mendengar, Menerima dan Menunjukkan Minat
Setiap individu pastinya ada banyak perkara yang hendak diperkatakan atau diberitahu kepada orang lain. Begitu juga suami isteri,pastinya ada perkara-perkara yang hendak diluahkan agar dapat dikongsi bersama. Jika suami isteri anda pulang ke rumah dan meluahkan perasaan, bersedialah untuk endengarnya dengan penuh minat.

2) Berkasih Sayang
Berkasih sayang merupakan aspek penting dalam kebahagian rumahtangga. Ia tidak semestinya diucapkan dengan kata-kata,sebaliknya boleh dizahirkan dengan perbuatan. Love is a verb. Rasa kasih dan sayang boleh dilahirkan dengan sentuhan atau berpegangan tangan ketika menonton TV, saling memilin kaki ketika sama-sama membaca akhbar di hujung minggu, tanpa perlu diucapkan dengan kata-kata.

3) Ambil Berat
Timbang rasa ialah cara yang sangat berkesan untuk melonjak rumahtangga anda ke arah yang lebih positif. Misalnya hari ini suami anda dikehendaki membentangkan kertas kerja projek. Luangkan sedikit masa untuk menelefonnya sekadar untuk bertanyakan keadaan dan mengucapkan selamat berjaya. Tunjukkan bahawa anda ambil berat.Berikan sokongan jika dia sedang bersedih atau panik.

4) Menghargai Perkahwinan
Untuk menghargai perkahwinan, kenangkan kembali detik-detik indah masa lalu. Kenangkan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan anda di awal perkahwinan dahulu. Semarakkan memori indah itu setiap kali anda berdua menghadapi masalah dalam perhubungan. Mengingati saat-saat indah ini akan dapat menghilangkan perasaan marah terhadap pasangan anda.Berikan pujian kepada pasangan dan luahkan rasa bangga kepada pasangan anda. Bersetuju dengan idea pasangan,cadangan atau penyelesaiannya adalah satu cara untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan.

5) Saling Memahami
Suami isteri perlu pandai menyelami hati masing-masing. Anda boleh tunjukkan bahawa anda benar-benar memahami dan merasai apa yang pasangan anda rasakan hanya dengan ekspresi wajah seperti riak sedih, bimbang dan sebagainya. Empati juga boleh diluahkan dengan berkata sesuatu yang dapat menenangkan hati pasangan anda.

6) Ada Senda Gurau
Menyakat , bergurau, dan melawak bersama boleh menyuburkan lagi ikatan perkahwinan atau hubungan suami isteri. Bersuka-suka begini boleh mendekatkan diri anda dengan suami atau isteri. Anda menjadi semakin intim. Kongsilah perasaan seronok dan gembira bersama dan beritahulah pasangan anda bahawa anda sedang menikmati saat yang indah bersamanya.

7) Saling Mendoakan
Doakanlah pasangan anda. Cari waktu-waktu yang paling sesuai untuk berdoa khususnya selepas solat. Jangan hadkan waktu doa. Anda boleh berdoa sama ada dengan melafazkan doa atau sekadar memohon dengan hati. Doakan kesejahteraan dan kejayaan pasangan masing-masing.


Pesanan Untuk Para Suami Dan Isteri

Pernikahan atau perkawinan
menyingkap tabir rahsia

Isteri yang kamu nikahi
tidaklah semulia Khadijah
tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah

Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita cita
menjadi solehah…

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan
menginsyafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
karena memiliki isteri yang tak sehebat mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw.
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
cuma suami akhir zaman
yang berusaha menjadi soleh… amin…

Untuk isteri.. renungkanlah…

Pernikahan atau perkawinan
membuka tabir rahasia

Suami yang menikahi kamu
tidaklah semulia Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub
atau pun segagah Musa
apalagi setampan Yusuf

Justru suamimu hanyalah pria akhir zaman
yang punya cita cita
membangun keturunan yang soleh…

Pernikahan atau perkawinan
mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nahkoda kapal kamu navigatornya
suami bagaikan balita yang nakal kamu adalah penuntun kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgasananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar obatnya
seandainya suami masinis yang lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkawinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt.
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna didalam menjaga
pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
cuma wanita akhir zaman
yang berusaha menjadi solehah… amin…


Rahsia Seks Lelaki

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak

Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan jima’ adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri. Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan jima’ semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki

Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat, diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita, lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta’

Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya. Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta’ yang cukup dan itu adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks

Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan seks, wanita juga patut sedar mengenai risiko penolakan itu, seperti mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.


Rahsia Seks Wanita

Meskipun bernafsu untuk seks tetapi tidak ramai wanita yang sanggup meluahkan hasrat tersebut. Sifat malu yang menebal dalam diri wanita menyebabkan mereka mengharapkan suami ‘faham-faham’ sendiri kehendak ini. Namun realitinya, sungguhpun lama hidup berumahtangga suami ataupun kaum lelaki kadangkala masih tidak dapat meneka bila isteri mahukan hubungan seks. Para suami, jangan biarkan ini berlaku, baca artikel di bawah untuk mengetahui bila situasinya isteri menginginkan hubungan seks.

WAKTU SUBUR
Setiap wanita punya waktu suburnya iaitu hari ke-14 selepas kedatangan haid. Ketika itu waktu subur atau ovulasi, nafsu wanita terhadap seks memang tinggi. Tanpa rangsangan syahwat yang hebat sekalipun isteri akan tetap terangsang untuk seks, malah mungkin ada isteri yang terlebih dahulu memulakan langkah merangsang suami untuk berasmara denganya. Pihak suami tidak perlulah hairan dgn situasi ini atau menganggap isteri ‘buang tebiat’ kerana ini sememangnya sudah menjadi kitaran semulajadi kaum wanita. Apa yang perlu dilakukan cuma mengambil kesempatan terhadap waktu ini.


Kemandulan

Kemandulan ialah satu konsep yang relatif, iaitu dalam erti kata lain definisi kemandulan tidak boleh dibuat secara tegas. Kesuburan bagi sesuatu kelamin adalah satu hasil campuran antara kesuburan isteri dan kesuburan suami.
Dalam hal ini jika satu pihak ‘kurang subur, tetapi pihak yang lain ‘sangat subur’ kehamilan mudah dicapai. Jika kedua-dua mereka kurang subur kelamin tersebut mungkin `mandul’;. Tetapi jika pasangan tersebut bercerai dan setiap pihak berkahwin lagi dengan pasangan lain, ada kemungkinan kedua-dua pihak mendapat kehamilan. Keadaan begini kadangkala kita temui. Sebaliknya ada juga berlaku, walaupun setelah kedua pihak (suami dan isteri) menjalani berbagai-bagai jenis siasatan dan didapati keputusan-keputusannya normal, mereka masih gagal mendapat kehamilan walaupun berbagai cara rawatan diberi. Hal demikian mungkin berlaku dan mungkin disebabkan oleh pasangan yang tidak serasi atau immunologically incompatible.

Kesan-kesan kemandulan terhadap kelamin

Beberapa kesan buruk boleh timbul terhadap kelamin yang menghadapi masalah ‘kemandulan’. Kesan-kesan buruk ini mungkin melibatkan aspek-aspek sosial, psikologi, keutuhan perkahwinan dan hubungan seks. Dari segi sosial, ‘kemandulan’ merupakan satu pukulan hebat terhadap maruah pasangan suami isteri kerana tujuan asas dalam perkongsian hidup mereka tidak dicapai. Masyarakat, khususnya kawan-kawan mereka, akan memandang rendah terhadap kelamin tersebut kerana suami tidak berupaya membuktikan sifat kelakiannya manakala isteri tidak boleh membuktikan daya pembiakannya. Oleh kerana sikap masyarakat yang begini, pasangan-pasangan kelamin tersebut akan berasa rendah diri dan dengan itu cuba mengasingkan diri dari pergaulan masyarakat.

Tekanan yang paling hebat datangnya dari ibu mertua yang sentiasa mendesak si isteri tentang kelahiran cucunya. Memang menjadi satu anggapan masyarakat, dan dalam konteks ini khususnya ibu mertua si isteri, bahawa dalam ‘kemandulan’ maka isterilah yang disalahkan. Ini adalah satu anggapan yang serong dan salah kerana lelaki juga boleh menyebabkan kemandulan. Ibu mertua boleh menimbulkan kekacauan dan huru hara dalam rumahtangga oleh sebab ini. Dengan anggapan yang salah itu, ibu mertua sering mendesak anak lelakinya menceraikan isteri atau pun kahwin satu lagi tanpa mengira ketenteraman rumahtangga kelamin tersebut. Dalam pergaulan sosial, ibu mertua akan menimbulkan masalah kemandulan dengan menyalahkan pihak isteri.

Hubungan suami isteri boleh menjadi tegang dan ada kemungkinan hubungan itu menjadi retak dengan ketiadaan anak yang biasanya merupakan satu pertalian bagi menguatkan hubungan antara suami isteri. Ketiadaan cahaya mata merupakan kekosongan serta kesunyian dalam kehidupan rumahtangga kerana anak-anak memeriahkan suasana rumahtangga. Perasaan sedih dan hampa sering timbul dikalangan suami atau isteri yang mandul terutamanya apabila mereka melihat kawan-kawan mereka menatang anak-anak. Perkara-perkara yang berkaitan dengan anak menjadi isu sensitif kepada mereka khususnya jika ia ditimbulkan oleh rekan-rakan yang telah mempunyai anak.

Kemandulan mungkin timbul oleh sebab kepincangan-kepincangan dalam hubungan seks; sebaliknya pula oleh sebab kemandulan, beberapa masalah dalam hubungan seks mungkin juga timbul. Masalah yang paling sering dialami oleh suami ialah lemah tenaga seks atau impotens. Impotens biasanya disebabkan oleh faktor-faktor jiwa, gangguan-gangguan perasaan atau oleh sebab suatu pengalaman buruk dalam hubungan seks. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh suami ialah premature ejaculation iaitu satu keadaan di mana suami mencapai ejaculation atau mengeluarkan air mani sebelum persetubuhan betul-betul dilakukan. Masalah ini sering juga disebabkan oleh faktor-faktor psikologi. Isteri juga mengalami masalah-masalah seks kerana terdapat sesetengah wanita itu frigid di mana syahwat mereka tidak meningkat naik dan kerana itu tidak boleh merasai kenikmatan seks. Hubungan seks adalah penting bagi menghasilkan persenyawaan dan seterusnya kehamilan dan gangguan-gangguan dalam bidan ini boleh menimbulkan kemandulan. Tetapi perkara ini terlalu sensitif dan seringkali suami isteri berasa malu untuk membincangkannya dengan doktor.

Kekecohan yang mungkin mengakibatkan perceraian boleh berlaku akibat ‘kemandulan’. Perkara ini timbul jika kedua pihak tidak memahami tentang kemandulan. Mereka saling menuduh satu dengan lain dan biasanya isterilah yang disalahkan. Masalah ini menjadi lebih rumit lagi apabila kaum keluarga campurtangan. Pergaduhan mungkin timbul di antara kaum keluarga isteri dan suami. Sebelum peringkat begini timbul, ia mestilah dijauhi dengan mendapatkan nasihat dan juga rawatan dari doktor yang pakar dalam bidang kemandulan.

Masalah mandul adalah satu masalah bersama suami isteri. Hendaknya perkara ini janganlah sahaja dibebankan kepada isteri. Pihak suami juga perlu memahami hakikat bahawa kemandulan boleh juga berpunca dari kaum lelaki. Sebenarnya antara 30 hingga 40 peratus dari kes-kes kemandulan adalah disebabkan oleh kemandulan lelaki. Dalam hal ini kedua suami isteri perlulah datang berjumpa dengan doktor. Dalam kebanyakan kes mandul, pihak isterilah yang mengambil daya utama untuk menjalani siasatan dan rawatan manakala suami enggan datang, kononnya kerana ini akan menjatuhkan maruah atau egonya. Kadangkala terdapat suami yang enggan datang ke klinik untuk diperiksa walau diarahkan oleh doktor melalui isterinya. Sikap begini perlu diubah dan hakikat bahawa kemandulan lelaki juga wujud patut diterima oleh kaum lelaki. Cerita-cerita tentang pasangan mandul yang bercerai dan kemudian setiap pihak berkahwin dengan pasangan-pasangan lain kerap timbul. Dalam keadaan begini bekas isteri telah hamil dan beranak setelah kahwin dengan lelaki lain manakala si suami masih lagi mandul walaupun telah mempunyai pasangan baru.

Doktor pakar ginekologi adalah yang paling sesuai untuk menyiasat dan merawat kes-kes mandul. Malangnya kemudahan rawatan pakar tidak boleh didapati di seluruh pelusuk negara ini. Kebanyakan pakar bertugas di bandar-bandar besar, khususnya di Kuala Lumpur. Oleh itu kelamin-kelamin mandul yang berada di luar bandar akan mendapati sukar untuk mendapat rawatan.

Bilakah masa pasangan kelamin patut menemui doktor untuk disiasat? Sebaiknya bagi pasangan-pasangan muda yang gagal mendapatkan kehamilan setelah dua tahun berkahwin, dan bagi pasangan-pasangan yang kahwin lambat sedikit, misalnya selepas umur 30 tahun, patut menemui doktor jika kehamilan tidak berlaku selepas enam bulan atau setahun berkahwin.


Kehendak wanita dalam seks

Berikut disenaraikan gugusan kehendak wanita dari segi seks. Sumbernya adalah dari aduan kaum wanita sendiri akibat kecewa dengan sikap lelaki. Ianya bukan bermaksud seorang wanita itu mahukan kesemua yang disenaraikan, ianya bermaksud wanita itu ada berbagai kehendak dari segi ini dan masing-masing punya keperluan yang berbeza:

  • Lelaki patut lebih ceria semasa melakukan seks.
  • Makan malam bersama dan bersuap-suapan makan ke mulut pasangan sebelum melakukannya.
  • Tidak suka lelaki menghimpit kerana sukar bernafas.
  • Gembira jika inzal tapi tak perlu inzal untuk merasa puas, asalkan suami dapat beri kemesraan.
  • Tidak suka lelaki yang pentingkan dir sendiri. Suka lelaki yang ambil berat tentang kehendak pasangan.
  • Gembira jika lelaki dapat menenangkan hatinya sebelum melakukannya.
  • Suka jika lelaki melayaninya seolah-olah mereka melakukannya buat pertama kali. Lelaki itu patut mengasihi serta lemah-lembut.
  • Lebih suka disentuh dan dirangkul berbanding inzal bila melakukannya.
  • Gembira jika boleh memberitahu lelaki apakah perasaannya bila melakukannya dan lelaki itu memahaminya.
  • Suka hatinya bila lelaki berkata bahawa dirinya cantik menawan.

  • Perlukan masa untuk menyegarkan badan serta berdandan sebelum melakukannya.
  • Tidak suka melakukannya dalam keadaan yang tergopoh-gapah.
  • Suka jika lelaki mengejutkannya dari tidur dengan cara mencium tubuhnya.
  • Merasa gembira bila lelaki memuji bahagian demi bahagian dari tubuhnya.
  • Gemar melakukan diwaktu pagi.
  • Suka berendam dalam air sebelum melakukannya.
  • Gemar jika lelaki bergilir-gilir melakukannya sekali untuk pasangannya, kemudian untuk dirinya pula.
  • Gembira jika dipanggil dengan nama-nama manja sebelum melakukannya.
  • Benci bila melakukannya setelah selesai saja makan malam.
  • Tidak suka lelaki yang gelojoh di atas ranjang, sepatutnya bertenang dan jangan terkejar-kejar tidak tentu hala.
  • Tidak akan merasa jemu mendengar lelaki memuji betapa jelitanya dia.
  • Gembira jika lelaki menumpukan perhatian pada dirinya bila melakukannya, bukan pada benda lain.
  • Tidak suka jika lelaki memakai minyak wangi yang tidak sedap baunya.
  • Suka jika lelaki memberitahunya apakah yang telah dilakukannya dengan betul, bukan hanya kesalahannya.
  • Gemar jika lelaki yang membukakan pakaiannya.
  • Suka berjanji dulu pada hari bila dan waktu bila mahu melakukannya, dan janji itu perlu ditunaikan.
  • Gembira jika lelaki menunjukkan kasih sayang setelah melakukannya melebihi masa sebelumnya.
  • Suka melakukannya dalam suasana udara yang hangat.
  • Gemar hanya melakukan di atas ranjang.
  • Tidak gemar bila lelaki menunjukkan kegagahan dan kekerasan semasa melakukannya.
  • Gembira mendengar sesuatu yang menghairahkan dikatakan oleh lelaki sebelum melakukannya.
  • Tidak suka jika lelaki membawa makanan ke ranjang.
  • Tidak suka melakukannya jika malam sudah terlalu lewat.
  • Tidak gemar bila lelaki melakukan cara yang sama saja setiap kali bersama.
  • Gemar jika lelaki membelai-belai rambutnya sebelum melakukannya.
  • Benci bila lelaki terus mencabut keluar zakarnya sebaik saja inzal.
  • Gembira jika lelaki berkata dengannya pada masa itu dengan nada suara yang rendah dan dalam.
  • Tidak suka pada lelaki yang memaksa.
  • Suka jika lelaki meniup-niupkan nafas yang hangat ke telinganya.
  • Suka lelaki yang berterus-terang apakah kelemahan lelaki itu dari sudut seks.
  • Tidak suka lelaki yang serta-merta mahu memulakannya tanpa ringan-ringan.
  • Gembira jika jari kakinya diurut terlebih dahulu.
  • Tidak suka lelaki yang melakukannya sebelum lelaki itu mandi.
  • Tidak suka lelaki yang mencakar-cakar tubuhnya dengan rakus.
  • Gemar jika lelaki berada di atas dan mengawal aktiviti.
  • Tidak suka melakukannya bila anak-anak masih jaga atau ada di rumah.
  • Suka dan akan melayani sepenuh hati lelaki yang kuat bekerja mencari nafkah untuk keluarga.
  • Gemar menunggu melakukannya dalam keadaan cahaya suram.
  • Gembira melakukannya sambil muzik lembut berkumandang.
  • Gemar jika lelaki melakukannya dengan lemah-lembut dan perlahan.
  • Suka jika lelaki menghadiahkan padanya bunga.
  • Gemar jika lelaki tunjukkan kasih sayang yang tinggi semasa melakukannya.
  • Menganggap rahsia seks ialah kejujuran.
  • Sama ada inzal atau tidak dan berapa kali inzal tidak penting.
  • Adakalanya mahu memberi, adakalanya hanya mahu menerima.
  • Gemar disentuh sebelum, ketika, setelah dan luar masa melakukan seks.
  • Gembira jika lelaki menjilat sekitar payudara kemudian meniupnya dengan lembut.
  • Suka jika lelaki itu merasa bangga ketika bersamanya.
  • Perlukan perhatian dan masa.
  • Suka jika ia dapat berterusan sepanjang malam.
  • Gembira sekiranya lelaki menyatakan perasaan nikmatnya bila melakukannya.
  • Suka jika zakar disorong lambat dan ditarik dengan cepat semasa dayungan.
  • Gemar jika lelaki peka kepada kehendak dan perasaannya.
  • Suka jika berpegangan dan berpimpin tangan.
  • Suka sekiranya seks itu menjadi menifestasi cinta.
  • Gembira diperlakukan dengan kasar.
  • Tidak gemar jika seks di anggap oleh lelaki sebagai rutin kerana itu tidak menyeronokkan.
  • Gemar meraba dan diraba hingga tidak tertahan lagi kegelian.
  • Selepas melakukannya suka tidur di dalam rangkulan lelaki.
  • Suka jika lelaki melakukan sesuatu yang memeranjatkan di ranjang.
  • Gembira kerana lelaki melakukannya bersamanya setiap hari dengan kata dan layanan yang baik.
  • Suka jika lelaki menggunakan tangannya untuk menjelajah ke seluruh tubuhnya dan betisnya dibelai.
  • Tidak pernah masuk tidur dengan keadaan marah atau bosan, semua masalah diselaiskan dahulu.
  • Gemar jari-jarinya disedut oleh lelaki.
  • Seks patut mengembirakan bukan sesuatu yang menyedihkan hati.
  • Mesti mahukan inzal bila melakukannya.
  • Suka meletak bantal di bawah pinggul bila melakukannya dalam keadaan lelaki di atas dan dia baring terlentang.
  • Gemarkan posisi-posisi baru.
  • Suka jika payudara diramas dengan lemah-lembut seolah-olah menjaganya jangan pecah
  • Rasa istimewa bila lelaki memberikan perhatian yang tidak berbelah bagi.
  • Tidak sudi kepada lelaki yang tidak mempunyai perasaan kepadanya.
  • Semasa di ranjang mahu dianggap sebagai wanita sempurna segala segi.
  • Lelaki yang lemah-lembut dan baik hati menjadi idaman.
  • Melakukannya di tempat ganjil menjadi hobi.
  • Sanggup menjadi hamba seks lelaki asalkan lelaki pun begitu.
  • Lebih lama lelaki bersabar sebelum memulakannya, lebih cepat wanita inzal.
  • Mahu tahu apa yang lelaki tertarik dengan dirinya.
  • Suka lelaki yang bersopan.
  • Lebih suka jika lelaki tunjukkan kasih sayang dengan cara bukan seksual.
  • Suka jika dapat tentukan sendiri masa untuk melakukannya, tidak hanya lelaki sahaja.
  • Saya tidak mahu seks, saya mahu memadu cinta.
  • Gembira jika lelaki menyuruhnya memainkan peranan aktif sekali-sekala.
  • Suka lelaki yang bersabar.
  • Gemar bergurau senda selepas melakukannya dan anggap itulah paduan cinta yang sebenar.
  • Suka cara yang berbeza-beza.
  • Gemar jika dicium lembut sambil masuk ke kamar.
  • Rasa selesa dan selamat melakukannya dengan lelaki yang setia.
  • Benci bila lelaki menolak ajakannya.
  • Gemar jika lelaki memegang tangannya sambil masuk ke kamar.




Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga

Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga. Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak. WALLAHUALLAM…

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.

Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi
pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.

Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.


Tips Untuk Mendapat Pasangan

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




No comments: