Friendster Glitter Background

Thursday, April 28, 2011

Fadilat Ayat Kursi

  1. RASULLAH bersabda, bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

  2. Sabda baginda lagi: "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

  3. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

  4. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan dan perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.

  5. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada penceroboh pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

  6. Mengamal bacaan ayat Kursi juga akan diberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

  7. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

  8. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

No comments: