Friendster Glitter Background

Thursday, April 28, 2011

KELEBIHAN BERUSAHA UNTUK MENCARI SARA HIDUP

Perintah Allah S.W.T. supaya berusaha mencari sara hidup:

Allah berfirman: "Dan kami telah jadikan siang untuk penghidupan." (An-Nabaa-11), "Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya beruntung." (Al-Jumaah 10)

Kelebihan pendapatan yang diperolehi dari daya usaha sendiri

Rasulullah bersabda: "Setiap orang yang memperolehi pendapatan yang halal digunakan untuk makanan dirinya sendiri, membeli pakaian dan memberinya kepada sesiapa dari kalangan makhluk Allah akan ditulis sebagai satu amalan kebajikan." (Abu Sa’ed Ai-Khudry)

Kelebihan-kelebihan berusaha dengan tangan sendiri adalah seperti berikut:

1. Dosa di ampunkan

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya di antara dosa-dosa yang ada yang tidak boleh dihapus (ditebus) dengan pahala solat, sedekah atau haji namun dapat ditebus dengan kesusahpayahan dalam mencari nafkah." (At-Tabrani)

"Sesiapa sahaja keletihan pada waktu hari akibat bekerja terlalu kuat, semua dosanya akan diampunkan pada petang itu." (Ahmad)

2. Keredhaan Allah

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang bekerja dan berusaha. Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah Azza wa Jalla." (Ahmad)

"Sesungguhnya Allah Ta’ala suka melihat hamba-Nya bersusah payah dalam mencari rezeki yang halal." (Ad-Dailami).

No comments: