Friendster Glitter Background

Thursday, April 14, 2011

Petua Buat Bayi

Latar belakang urutan bayi

Sebelum lahir, bayi begitu selesa di dalam rahim ibu di mana suhu dikawal rapi dan makanan senang didapati dan senantiasa ada. Degupan jantung ibu pula memberi ketenangan kepada bayi untuk membesar dengan sempurna. Peristiwa kelahiran memberi beribu sensasi baru kepada bayi dan memaksa bayi menyesuaikan diri dengan pelbagai cara.Sentuhan kasih daripada ibu bapa merupakan cara yang baik untuk membantu bayi menyesuaikan diri ke dunia di luar rahim ibu.

Sejak 20 tahun yang lalu, terdapat peningkatan dramatik dalam jumlah penyelidikan di mana kebaikan sentuhan kasih di peringkat baru lahir hingga umur satu tahun terbukti. Mengurut bayi didapati merupakan factor penting dalam menguatkan talian kasih di antara bayi dan ibu bapa.Para penyelidik di Duke University (Schanberg, 1987) telah mengenalpasti ‘hormon tumbesaran’ dihasilkan apabila tikus di makmal diberi sentuhan seakan urutan bayi. Mengikut Dr Frederick Leboyer, seorang doktor pakar kanak-kanak, beliau mengatakan bahawa sentuhan kasih dan mengurut bayi adalah sama penting dengan memberi bayi nutrisi yang cukup. Menurut kajian Dr Tiffany Fields dari Institusi Touch Research di Miami, Florida, USA, mengurut bayi boleh membantu tumbesaran bayi termasuk juga yang dilahirkan tidak cukup bulan dan juga bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemah disebabkan ibu yang mengambil kokain.

Kepentingan urutan bayi untuk bayi dan ibu bapa

Urutan bayi menyempurnakan dan memperbaiki perkembangan fizikal and psikososial bayi. Faedah fizikal termasuklah kelegaan dari symptom kembung perut, ketidakselesaan gusi dengan pertumbuhan gigi, sembelit dan masalah tidak dapat tidur pada masa tertentu. Urutan bayi juga membantu bayi menambah berat badan secara normal dan melalui proses tumbesaran secara optimal. Ketenangan yang terhasil daripada urutan bayi memberi peluang untuk bayi mengatasi ketegangan yang terhasil apabila megalami setiap situasi baru seperti mengawal suhu badan sendiri, menghisap susu, mengenali objek-objek di sekitarnya, disalin lampin dan sebagainya.

Ibu bapa yang mempraktikkan teknik urutan bayi yang sempurna mendapati bahawa mereka lebih peka dengan keperluan dan isyarat bayi dan memahami bayi dengan lebih senang. Tambahan pula mereka mengatakan bahawa keyakinan dan kecekapan mengendali bayi bertambah dengan praktis mengurut bayi sekali sehari. Ini penting terutama sekali kepada ibu bapa yang bekerja dan terpaksa meninggalkan bayi pada masa kerja.

Bagi para bapa, Scholz dan Samuels (1992) mendapati bahawa mereka yang mengurut bayi yang berumur 1 bulan untuk jangka masa 8 minggu menunjukkan lebih banyak interaksi dan rasa kasih sayang kepada bayi berbanding dengan bapa yang tidak mengurut bayi. Bayi pula lebih banyak melihat, bercakap, senyum, mahu didakap dengan para bapa yang mengurut bayi berbanding dengan yang tidak.

Urutan bayi di Malaysia

Menyedari kepentingan mengajar para ibu bapa cara mengurut bayi dengan sempurna, Sunway Medical Centre telah melangsungkan program untuk melatih CIMI (Certified Infant Massage Instructor – Pelatih Urutan Bayi yang Disertifikasikan) pertama di Malaysia pada bulan November 2005. Teknik urutan ini mengikut prinsip-prinsip yang dianjurkan oleh Persatuan Urutan Bayi Sedunia (IAIM – International Association of Infant Massage). Sessi dengan CIMI ini boleh diadakan di rumah sendiri mahupun di kelas bersama ibu bapa lain yang diadakan di Sunway. Di dalam sessi-sessi ini (3 sessi untuk perseorangan atau 4 sessi untuk kelas bersama ibu bapa lain) ibu bapa akan diajar teknik urutan yang betul, jenis minyak yang harus digunakan, masa yang betul untuk mengurut bayi, cara mengenali isyarat bayi, prinsip di belakang setiap teknik urutan dan banyak lagi. Sejurus itu, para ibu bapa akan dapat menikmati kelebihan mengurut bayi dan melihat bayi berkembang secara optimum.

Penawar Bagi Bayi - Petua

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

PETUA UNTUK ANAK

Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar

Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

Petua Mendapat Anak

Petua 1 : Hancurkan hempedu arnab bersama madu dan air didih nasi lalu diminum oleh perempuan yang sudah berumahtangga tetapi sukar mendapat anak. InsyaAllah akan mengandung.

Petua 2 : Cubalah mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah setiap hari dan seminggu sekali rojak nanas. Lakukan sehingga sekitar lima bulan.

Petua 3 : Bacakan Al-Fatihah 41 kali di antara sembahyang sunat dan fardunya selama 40 hari berturut-turut dengan tiada lebih atau kurang.

Shichida Methods

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit , dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak tu dah tidur , ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek.. buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat. . macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Tahu kenapa cine, dengan jepun pandai-pandai ….sebab makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab anak boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah, balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..

5. Satu lagi develop imiginasi anak dengan bercerita dan suruh sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….

6. Main teka-teki dengan anak, ambil satu barang dalam kotak tissue and suruh teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama anak boleh develop six sence by concentrating boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg kita nak buat tu cuma boleh buat setengah jam sehari.. tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time memasak, basuh kain, tengok tv , tidak akan menjadi jadi….Buat kena ikhlas , and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yang Tuhan Lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betui dak……

Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak …..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.


©20

No comments: